LONDON – Seorang lelaki di Britain membuktikan cinta sejati kepada kekasihnya apabila sanggup menderma buah pinggang untuk menyelamatkan nyawa wanita tersebut, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Steve Hardwick, 39, menderma buah pinggang kepada Angie Wakefield, 39, ketika wanita itu bergelut melawan penyakit Lupus yang menyerang sistem imunnya.
Penyakit itu menyebabkan Wakefield mengalami kegagalan buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis.
Hardwick kemudian memutuskan untuk melihat sama ada di boleh menjadi penderma kepada teman wanitanya dan hasil ujian menunjukkan buah pinggangnya sesuai.
Ibu kepada seorang anak itu kini diberi peluang kedua untuk hidup selepas menjalani pembedahan di Hospital Queen Elizabeth di Birmingham.
Hardwick kini bercadang untuk mengahwini Wakefield.
“Saya tidak tahu bagaimana ingin membalas jasanya kerana saya berhutang nyawa kepadanya. Ia adalah hadiah terbaik untuk diberikan kepada seseorang.
“Tanpa dia, saya perlu menunggu penderma organ selama sekurang-kurangnya enam tahun. Dia memberi saya peluang baharu untuk hidup dan saya selama-selamanya bahagian dengan pemberiannya,” kata Wakefield.
Hardwick dibenarkan pulang selepas dua hari pembedahan manakala Wakefield perlu berada di hospital selama seminggu untuk pulih selepas menjalani pembedahan selama tiga jam pada 13 Oktober lalu. – Agensi