LAIN pula ceritanya tentang pasangan suami isteri Zahirah Macwilson dan suami, Aiman Hakim Ridza. Baru-baru ini mereka ada berkongsi foto menghadiri sebuah majlis.
Dalam perkongsian tersebut, kelihatan Zahirah yang terkenal kecantikan dan keanggunan pesonanya memakai gaun biru, manakala Aiman pula segak dengan sut hitam.
Malangnya, pakaian yang dipakai Zahirah itu dilihat terlalu seksi dan jarang terutama pada bahagian dada.
Semua sedia maklum, pelakon itu bukanlah wanita yang boleh dikategorikan kerap berpakaian seksi. Cuma gaun yang digayakan pada majlis itu dilihat kurang sesuai kerana statusnya sebagai isteri dan juga ibu kepada seorang cahaya mata.
Dek penampilan sedemikian, suaminya Aiman terkena tempias apabila dituduh bukan main bangga dengan penampilan isterinya.
Netizen mana boleh tengok perkara-perkara sebegitu. Ada sahaja benda yang tidak kena di mata mereka.
“Maaf tegur. Sebagai isteri saya rasa tak sesuai pakai gaun sebegini,” tegur seorang netizen.
“Bangga ke isteri pakai begini (seksi)?” selar seorang lagi pengguna Instagram.
“Cantik, tapi saya tak cukup kain,” komen seorang netizen.