fbpx

Beregu campuran belum tandus bakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANG RON dan Ee Wei dianggap pasangan beregu campuran negara yang memiliki potensi besar dan bakal diberikan perhatian oleh BAM.

PENGARAH Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky tidak bimbang biarpun seorang demi seorang pemain beregu campuran berpengalaman mula ‘angkat kaki’ meninggalkan skuad kebangsaan.

Beliau percaya, pemain sedia ada mampu menggalas tanggungjawab tersebut meskipun dianggap masih mentah apabila beraksi pada kejohanan di pe­ringkat antarabangsa selain meng­akui, kemampuan mereka boleh digilap.

Pengendali dari Indonesia itu juga menepis dakwaan yang mengatakan skuad beregu campuran tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada persatuan sehingga dianggap tidak memiliki hala tuju.

“Buat masa sekarang, kita ada beberapa pemain muda yang masih boleh digilap bakat mereka. Kita juga mungkin akan lihat pada beregu lelaki bagi menentukan hala tuju mereka selepas ini.

“Ada khabar angin juga yang mendakwa beregu campuran tidak mendapat perhatian sewajarnya, namun sebenarnya kita sudah ada perancangan untuk melahirkan satu atau dua pasa­ngan baharu,” katanya.

Rexy mendedahkan, ada beberapa gandingan muda yang memiliki potensi cukup besar sehingga membuatkan persatuan meletakkan sasaran untuk mereka beraksi pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 atau Los Angeles 2028.

Antara gandingan yang dilihat mampu menyinar adalah Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei dan mereka dijangka mampu menggegarkan arena badminton dunia sekiranya diberikan perhatian serta meletakkan mereka di landasan sepatutnya.

“Persiapan untuk itu (Olimpik) sebenarnya sudah berjalan dan saya mengharapkan mereka mampu untuk layak dan ber­saing di Sukan Olimpik Paris atau 2028. Mereka ada peluang kerana pemain-pemain ini masih muda,” ujarnya.

Untuk rekod, gandingan berpengalaman, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See membuat keputusan untuk meninggalkan BAM hujung bulan ini selepas mengambil kira aksi kurang me­yakinkan pada kejohanan Terbuka Denmark dan Terbuka Peran­cis sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI