fbpx

‘Drama’ mimpi Diva AA, kemaraan Eizlan, Idham dan Lando

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN Azwan yang tidak jadi bertanding, PRU15 masih tidak sunyi daripada penglibatan selebriti seperti Eizlan Yusof, Ahmad Idham dan Lando yang mahu berjuang demi masyarakat

SELEPAS digembar-gemburkan bakal bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen Gombak, Selangor, pengacara sensasi Azwan Ali akhirnya mengambil keputusan drastik apabila mengundur diri sebagai calon bertanding.

Sambil mengesat air matanya, Azwan, 56, ketika ditemui Pose sewaktu penamaan calon Parlimen Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu di Gombak, semalam memberitahu dia terpaksa menarik diri daripada bertanding atas beberapa faktor termasuk memenuhi ‘hasrat’ daripada arwah ibunya yang diperoleh melalui mimpi.

“Saya mengumumkan terpaksa menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas. Malam tadi saya bermimpi didatangi arwah ibu saya, Mak Tom yang menasihati saya supaya jangan bertanding.

“Kedua saya mendapat panggilan telefon yang cukup mesra daripada isteri Datuk Seri Azmin Ali (kakak ipar) iaitu Datin Seri Shamsida Taharin.

“Dia tidak memujuk saya supaya jangan bertanding. Cuma saya terlalu menghormati beliau. selama enam tahun kami tidak berhubung,” katanya dalam nada sebak.

DALAM teruja bercampur sebak, Azwan sempat menitiskan air mata saat mengumumkan pengundurannya daripada bertanding dalam PRU15.

Harap Azmin kalah

Keputusan Azwan atau mesra disapa Diva AA menarik diri daripada bertanding turut meranapkan impian sesetengah pihak yang mahu melihatnya menentang abang kandung sendiri, Datuk Seri Azmin Ali yang turut bertanding di Parlimen sama bawah parti Perikatan Nasional.

Seperti dendam, walaupun tidak bertanding, Azwan dengan lantang menyuarakan sokongan terhadap Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili parti Pakatan Harapan (PH).

Dia juga yakin dan berharap Azmin akan kalah besar dalam PRU15 nanti.

“Mana tahu Amiruddin menang! Itu sahaja yang saya doa siang malam.

“Saya akhiri kenyataan saya dengan memastikan (mengharapkan) kekalahan besar Azmin Ali,” tegasnya.

Azwan bukanlah satu-satunya selebriti yang diketahui bakal bertanding dalam PRU15 kali ini. Nama-nama selebriti seperti Datuk Seri Ezlan Yusof, Ahmad Idham dan Lando Zawawi memberi membawa semangat baharu mahu berjuang demi masyarakat.

EIZLAN tidak mahu terlalu teruja. Di bahunya kini terpikul amanah besar untuk berjuang demi masyarakat, khususnya pengundi di Sabak Bernam.

Eizlan jaga amanah rakyat

Eizlan mengisi calon Gerakan Tanah Air (GTA) Parlimen Sabak Bernam dan bertanding atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Usai penggambaran filem terbaharu sekitar 6 pagi semalam, Eizlan terus bergegas ke Sabak Bernam sempena penamaan calon yang berlangsung di Dewan Tun Razak.

Eizlan akui peristiwa penamaan calon tidak boleh dianggap ringan.

“Semalam adalah terakhir, jadi bolehlah saya fokus pada peristiwa (penamaan calon) kerana membabitkan amanah rakyat demi bangsa dan negara.

“Perasaan saya bercampur-baur. Ada rasa berdebar, namun teruja. Tetapi saya tidak mahulah terlalu teruja.

“Saya melihat langkah pertama ini sebagai satu tanggungjawab untuk membawa amanah rakyat ke peringkat lebih tinggi,” katanya yang turut ditemani isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville.

AHMAD IDHAM ditemani ibu, Zakiah Mohd. Saleh dan isterinya, Amy Aziz semasa penamaan calon di Port Dickson semalam.

Bukti kerja Ahmad Idham 

Pelakon dan juga pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nazri juga pula menjadi calon yang bertanding di Parlimen Port Dickson mewakili GTA bawah parti Pejuang.

Idham menyifatkan pencalonannya sebagai satu amanah sangat berat.

“Hari ini bukti kerja saya mula berkesan. Saya aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi produk pendidikan khas, malah saya juga ada sekolah pendidikan khas.

“Justeru, saya sifatkan ini amanah berat kepada saya (sebagai calon di Port Dickson),” katanya.

 

LANDO ZAWAWI

Perjuangan 16 tahun Lando

Sekian lama lantang memperjuangkan isu setempat, terutama berhubung kerosakan jalan raya, pelakon juga Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando pula bertanding merebut kerusi Parlimen Tanjung Karang.

“Sudah 16 tahun kami berjuang dan apabila dijemput oleh Pejuang, saya nampak ini merupakan satu peluang untuk melakukan perubahan terhadap sistem dan infrastruktur di negara ini khususnya di Selangor,” katanya.

Terlalu awal untuk menebak kehadiran nama-nama popular itu diharap bukan sekadar ‘penghias’ untuk menjadikan PRU15 kedengaran menarik.

idak dinafikan tiket sebagai ‘selebriti’ menjadi pemudah cara kepada mereka untuk meraih perhatian walaupun tiada pengalaman bertanding sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI