fbpx

PRU15: Jadi PM diputuskan MT UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (dua dari kanan) bersama penyokong dan pencadangnya pada proses penamaan calon di Dewan Konvensyen Bera di Bera hari ini.

BERA – Penyandang Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan mengenai pencalonan beliau sebagai Perdana Menteri diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO khususnya dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Menurut Perdana Menteri, setakat ini tiada apa-apa keputusan terbaharu dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO mengenai calon perdana menteri lain selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Baru-baru ini 156 bahagian (UMNO) membuat usul saya sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15,”katanya dalam sidang akhbar di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri sekiranya menjadi Perdana Menteri semula, perkara yang akan dilakukan adalah merealisasi kembali Bajet 2023 dengan melakukan pembentangan semula seterusnya diluluskan.

Katanya, bajet tersebut adalah yang terbaik pernah dibentangkan kerajaan dengan memberikan fokus kepada setiap Keluarga Malaysia sama ada di luar bandar atau bandar.

“Saya kena fokus PRU15 kena menang Bera dulu, kedua BN menang dan boleh membentuk kerajaan, itu yang penting sekarang, Saya menang di Bera tetapi parti kalah PRU15 pun tidak ada makna,”katanya.

Sementara itu mengulas mengenai calon-calon BN yang digugurkan kembali menyokong parti itu beliau berkata itulah semangat dalam BN yang tidak memberi keutamaan kepada kepentingan individu sebaliknya mengutamakan kepentingan parti.

Katanya, sesiapa pun yang dicalonkan namun matlamat semua ahli adalah bagi memastikan kemenangan BN seterusnya mampu terus mentadbir negara.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI