fbpx

PRU15: BN mampu menang dan menjadi parti dominan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika hadir di pusat penamaan calon di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau menaruh keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seterusnya membentuk kerajaan.

Beliau berkata, berdasarkan kepada sokongan semasa, BN diyakini mampu menjadi parti dominan khususnya dalam penguasaan kerusi dalam Parlimen.

“Setiap yang bertanding mesti yakin, saya sendiri pasti saya yakin bila saya bertanding di Parlimen dan BN juga mempunyai keyakinan.

“Saya rasa kepimpinan BN dan UMNO telah pun berkali-kali membuat kenyataan, kita yakin kali ini kita boleh menjadi parti dominan di dalam Parlimen,”katanya dalam sidang akhbar di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri daripada ‘mood’ rakyat pada masa ini menunjukkan sokongan diberikan kepada BN yang telah terbukti membawa perubahan dan membantu rakyat.

Katanya, tidak kira siapa sahaja pencabar dan juga faktor pertembungan kerusi yang banyak atau sedikit, semua calon BN harus bekerja keras memastikan kemenangan parti.

Dalam pada itu ditanya sama ada beliau menganggap saingan tiga penjuru di Bera boleh memberi kemenangan mudah kepada beliau, Ismail Sabri menegaskan tidak ada lagi istilah ‘easy win’.

“Jadi kita tidak boleh rasa selesa, setiap calon mempunyai kekuatan masing-masing, walaupun saya kata saya yakin menang di Bera tetapi kepada jentera tidak boleh ambil mudah, setiap calon bertanding, kena kerja terus sehingga pengumuman,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI