fbpx

Amaran ribut petir di lima negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima buah negeri, sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, negeri-negeri tersebut adalah Kedah, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Kedah, kawasan yang dijangka akan menghadapi cuaca buruk ini adalah Langkawi sahaja, manakala di Johor melibatkan kawasan Kulai dan Johor Bahru,” katanya.

Tambah MetMalaysia, seluruh kawasan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka terkesan dengan cuaca buruk itu berikutan amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan bagi semua daerah di negeri-negeri itu.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI