fbpx

PRU15: Megat Zukarnain nekad kalahkan 2 MB Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megat (tiga dari kanan) ketika bertemu penyokongnya dari Friends Of BN di SMK Sungai Pusu, Gombak hari ini.

GOMBAK – Wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omardin nekad mengalahkan dua Menteri Besar Selangor yang menjadi lawan sengitnya di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Jelas anak jati Gombak itu, dua lawannya yang pernah memegang jawatan Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amiruddin Shari dari Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Azmin Ali mewakili Perikatan Nasional (PN) boleh ditewaskan kerana beliau lebih mengenali penduduk di kawasan Parlimen itu.

Katanya, isu perumahan dan infrastruktur untuk anak muda di kawasan Gombak menjadi keutamaan baginya.

“Banyak lagi perkara di Gombak ini yang tidak selesai, daripada tiga penggal yang lepas kita mempunyai dua Menteri Besar dari Parlimen Gombak tetapi malangnya apa yang berlaku di kawasan ini adalah cukup menyedihkan.

“Penduduk Gombak makin hari makin bertambah, anak-anak jati Gombak selepas berkahwin tidak tahu nak pergi mana kerana tiada rumah-rumah yang murah dan malangnya tiada sesiapa yang memikirkan dan bercakap soal ini.

“Akhirnya apa yang berlaku mereka terpaksa keluar dari kawasan ini, ini yang kita tidak mahu. Kita mahu anak Gombak lahir di sini dan tinggal sini sehingga meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di SMK Sungai Pusu selepas proses penamaan calon hari ini.

Tambah Megat yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor berkata, pembangunan infrastruktur turut menjadi perkara yang akan dibentangkan di dalam manifestonya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI