KUALA SELANGOR- Persaingan empat penjuru berlaku bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ini melibatkan dua nama besar iaitu penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad daripada Pakatan Harapan (PH) dan Bendahari UMNO Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Turut diumumkan calon adalah Mohd. Noor Mohd. Sahar dari Perikatan Nasional (PN) dan Mohd. Shaid Rosli mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).
Bagaimanapun, R. Loganathan dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang diuar-uarkan akan bertanding tidak kelihatan selepas penamaan calon ditutup pukul 10 pagi yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor.-KOSMO!ONLINE