fbpx

PRU15: Muhyiddin ditentang dua pencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZALI IBRAHIM (kiri) menyambut salaman Muhyiddin sambil diperhatikan Iskandar di Parlimen Pagoh.

MUAR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini sah berdepan saingan tiga penjuru dalam usaha beliau mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pagoh yang menjadi antara kerusi panas itu memaparkan pertembungan antara Muhyiddin selaku Presiden Perikatan Nasional (PN) dengan figura tidak asing daripada Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Razali Ibrahim serta seorang lagi calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd. Rahman.

Terdahulu, Muhyiddin yang ditemui di Pusat Penamaan Calon meluahkan harapan agar semua rakyat berkesempatan melaksanakan tanggungjawab pada 19 November ini.

“Ini kuasa rakyat, suara rakyat, kita harap ramai- ramai keluar mengundi pada hari demikian. Bagi pengundi muda yang pertama kali mengundi, jalankan tanggungjawab anda sebaik mungkin kerana ini peluang anda.

“Saya berharap rakyat menzahirkan sokongan kepada semua calon PN. Beri kami peluang untuk membuktikan politik yang stabil dan aman. Esok kami akan lancarkan manifesto yang pastinya memberi kesejahteraan kepada rakyat khususnya soal pemulihan ekonomi berikutan keadaan pandemik sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu tiba di Pusat Penamaan Calon pada pukul 8.46 pagi, disusuli calon daripada PH pukul 8.48 pagi dan BN pukul 9.08 pagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI