fbpx

PRU15: Empat penjuru di Parlimen Jerlun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mukhriz (dua dari kanan) bersama Othman (kiri) bersama dua lagi calon dari PN dan PH yang bertanding Parlimen Jerlun.

JERLUN – Kerusi Parlimen Jerlun yang disandang Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyaksikan persaingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mukhriz yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dicabar calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Aziz.

Dua lagi calon ialah wakil Perikatan Nasional (PN) dari Pas, Dr. Abd. Ghani Ahmad dan calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Dr. Mohamed Fadzil Mohd. Ali.

Ini merupakan kali kedua Mukhriz, Othman dan Abd. Ghani berentap selepas bertanding di kawasan sama pada PRU14.

Pada PRU14, Mukhriz yang bertanding di bawah logo PKR memenangi kerusi tersebut setelah memperoleh 18,695 undi, iaitu 5,866 undi mengatasi Abd. Ghani yang berada di kedudukan kedua dengan 12,829.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI