GOMBAK – Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali yang mewakili Perikatan Nasional (PN) bakal berentap dengan empat lagi calon lain dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November nanti.
Azmin akan bertanding bagi mengekalkan kerusi tersebut bersama pesaing yang mempunyai kekuatan masing-masing antaranya calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin.
Beliau juga akan berdepan bersama anak didiknya sebelum ini yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).
Dua lagi calon yang turut bertanding di kerusi panas tersebut adalah Aziz Jamaluddin yang mewakili Pejuang serta Zulkifli Ahmad yang menjadi calon bebas.
Terdahulu, pengacara Azwan Ali yang juga adik kepada Azmin telah menarik diri selepas tidak menghantar borang pencalonan pada saat-saat akhir. – KOSMO! ONLINE.