PADANG BESAR – Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas tiket bebas.
Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia memaklumkan akan turut merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi.
Kerusi DUN tersebut disandang Teh Chai Aan dari Barisan Nasional (BN).
Kehadiran penyandang kerusi Parlimen Padang Besar itu sekali gus mengesahkan spekulasi yang bertiup kencang hari ini mengatakan beliau akan mempertahankan kerusi berkenaan atas tiket bebas.
Zahidi akan diberi tentangan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan yang turut hadir di pusat penamaan calon. – KOSMO! ONLINE