fbpx

PRU15: Che Abdullah berbaju hijau ke pusat penamaan calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah (dua dari kiri) bersama wakil BN semasa tiba di pekarangan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat untuk proses penamaan calon PRU15 hari ini.

TUMPAT – Meskipun tampil sebagai calon Barisan Nasional (BN), penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi tetap memakai baju Melayu berwarna hijau semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Zulkifli Abdullah turut mengiringi Che Abdullah dan mereka tiba kira-kira pukul 8.52 pagi tadi.

Sebelum ini, Pas menggugurkan dua nama penyandang ahli Parlimen di Kelantan iaitu Datuk Che Abdullah bagi Parlimen Tumpat dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Parlimen Bachok.

Che Abdullah kemudiannya membuat keputusan untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu sebagai calon BN selepas Pas tidak memberi laluan kepadanya untuk bertanding.

Selepas itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang membuat keputusan Che Abdullah dipecat daripada Pas dan akan dikenakan tindakan disiplin kerana menjadi calon BN.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Che Abdullah menewaskan calon BN iaitu Datuk Wan Johani Wan Hussin dan Pakatan Harapan, Datuk Nordin Salleh dengan majoriti 17,500 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI