SEBERANG PERAI – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tampil dengan gaya tersendiri apabila hadir berkebaya dan berkasut sukan ke Pusat Penamaan Calon Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, di sini tadi.
Beliau yang merupakan penyandang kerusi parlimen itu dilihat mengenakan kebaya berwarna
turquoise dan kain corak batik, sedondon dengan seorang pencadangnya.
Kehadiran beliau kira-kira pukul 8.52 pagi tadi juga dilihat begitu bersahaja dan penuh sopan.
Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas, Muhammad Fawwaz Mat Jan pula tiba di pusat penamaan calon berkenaan pada pukul 9.05 pagi.
Beliau yang berbaju Melayu berwarna biru ditemani seorang penyokong dan pencadang calon serta disambut lebih 200 penyokong yang melaungkan takbir sebelum bergerak ke dewan utama.
Pada PRU15 ini, Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan masing-masing terdiri daripada calon parti BN, PH, (PN),Gerakan Tanah Air (GTA) dan PH. – KOSMO! ONLINE