fbpx

PRU15: Nur Jazlan, Salahuddin ‘mesra’ di Pulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR JAZLAN bersama Salahudin berbual mesra pada Penamaan Calon di PPC P.161. Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Tiga calon bagi tiga gabungan parti politik utama tanah air tiba hampir serentak ke pusat Penamaan Calon Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Ketiga-tiga mereka, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang merupakan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pakatan Harapan) dan Loh Kah Yong (Perikatan Nasional) tiba kira-kira pukul 8.20 pagi.

Nur Jazlan dan Salahuddin dilihat bersikap ‘mesra’ antara satu sama lain setelah kedua-dua mereka selesai menyerahkan borang pencalonan masing-masing setelah pusat penamaan calon dibuka pada pukul 9 pagi.

Kah Yong turut mengambil kesempatan dengan menyapa kedua-dua calon ‘heavyweight’ itu setelah dia memasuki pusat penamaan calon 10 minit kemudian.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Salahuddin menewaskan Nur Jazlan yang juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Pulai pada ketika itu dengan majoriti 28,924 undi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI