fbpx

Rani Kulup pakai baju pahlawan masuk pusat penamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Rani Kulup tiba di Pusat Penamaan Calon, Kompleks Pentadbiran Port Dickson, dengan berpakaian ala pahlawan melayu. FOTO/NOR SHAFAWATI YUP.

PORT DICKSON – Aktivis sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah menarik perhatian dengan memakai baju pahlawan melayu berwarna merah ketika hadir pada proses penamaan calon kerusi Parlimen Port Dickson di sini hari ini.

Abdul Rani, 67, yang dikenali dengan panggilan ‘ayahanda’ tiba di Pusat Penamaan Calon, Kompleks Pentadbiran Port Dickson pada pukul 8.50 pagi tadi dengan ditemani sekitar 50 orang penyokong.

Beliau dan penyokongnya turut bersemangat melaungkan slogan “Dont give up, kipidap” dan bersedia memberi saingan kepada parti lawan.

Beliau bertanding atas tiket calon bebas selepas Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN) yang diwakilinya tidak diterima pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Abdul Rani akan disaingi oleh calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun, calon Barisan Nasional (BN) Datuk P.Kalamananthan, calon Pejuang, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan calon Perikatan Nasional (PN), Rafiei Mustapha.

Beliau yang juga pesara tentera merupakan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat keputusan menyertai politik selepas 22 tahun berjuang membawa suara rakyat melalui platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI