fbpx

PRU15: Mohd. Khairuddin, Ahmad Razif ke pusat penamaan dalam hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin (lima dari kanan) diapit Apli (empat dari kanan) dan Ahmad Razif (enam dari kanan) berarak ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Penyandang kerusi Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang membuat kejutan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus di sini pada pukul 9 pagi.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna biru tua iaitu warna rasmi BN diapit Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusoff.

Kedua-dua pemimpin utama UMNO Bahagian Kuala Nerus itu masing-masing menjadi pencadang dan penyokong pencalonan Mohd. Khairuddin yang sebelum ini merupakan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai, ia tidak mematahkan semangat kira-kira 1,000 penyokong BN yang lengkap berpakaian dan berpayung berwarna biru tua berarak mengiringi ketiga-tiga pemimpin tersebut ke pusat penamaan calon.

Mohd. Khairuddin menjadi calon kedua selepas Datuk Dr. Alias Razak dari Pas yang menghantar borang pencalonan bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada pukul 9.15 pagi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI