PUTRAJAYA – Penyandang empat penggal kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di pekarangan Pusat Penamaan Calon (PPC), Kompleks Kejiranan Presint 9, di sini.
Tengku Adnan atau lebih dikenali dengan gelaran Ku Nan itu tiba pukul 8.25 pagi sebelum disambut oleh lebih 500 penyokong Barisan Nasional (BN) dan kemudian bergerak ke PPC sambil berselawat.
Terdahulu, seorang lagi calon daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr. Radzi Jidin tiba pukul 8.05 pagi.
Parlimen Putrajaya bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru masing-masing calon dari BN, PN, Pejuang, Pakatan Harapan (PH).
Difahamkan, dua calon bebas turut dijangka menghantar borang penamaan calon pagi ini namun, maklumat terperinci belum diperolehi.- KOSMO! ONLINE