KUALA LUMPUR – Calon Pejuang Tanah Air (Pejuang), Norzaila Arifin menjadi individu terawal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Wangsa Maju di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati pada pukul 7.50 pagi tadi.
Ketua Bahagian Wangsa Maju Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) itu akan bertanding atas tiket Pejuang.
Proses penyerahan borang pencalonan akan bermula pada pukul 9 hingga pukul 10 pagi ini.- KOSMO! ONLINE