fbpx

PRU15: Malam tadi tidur lena, esok belum tahu – Aminuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN (baju melayu) tiba di Pusat Penamaan Calon, Komplek Pentadbiran Port Dickson pagi tadi. FOTO: NOR SHAFAWATI YUP.

PORT DICKSON – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang menjadi calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Port Dickson tiba di Pusat Penamaan Calon, Kompleks Pentadbiran Port Dickson pada pukul 7.40 pagi tadi.

Aminuddin yang memandu sendiri kereta berpakaian baju melayu dengan ditemani isterinya kelihatan tenang dan memaklumkan masih dapat tidur lena semalam.

“Malam tadi tidur lena setakat ini semua berjalan lancar, lepas ini tidak tahu macam mana,” katanya ringkas.

Aminuddin akan disaingi oleh calon Barisan Nasional yang diwakili oleh Ahli Majlis Tertinggi MIC, Datuk P.Kalamananthan, calon Pejuang, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI