KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis kontroversi, Siti Zabedah Kasim yang dikenali Siti Kasim, menjadi individu terawal kelihatan di pekarangan pusat penamaan calon Parlimen Batu di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama pukul 7.30 pagi tadi.
Siti Kasim difahamkan hadir untuk mengemukakan borang pencalonan bagi penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – KOSMO! ONLINE