BERA – Meskipun merupakan pemimpin nombor satu negara namun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menggunakan kelebihan yang ada apabila menunaikan solat Jumaat hari ini.
Tanpa pengiring dan pegawai, Ismail Sabri kelihatan menunaikan solat Jumaat di saf belakang bersama masyarakat setempat dan tidak menggunakan kelebihan untuk ke saf depan.
Terdahulu Ismail Sabri yang sampai di masjid begitu ramah apabila disapa oleh masyarakat setempat yang kelihatan teruja dengan kehadiran beliau.
Seorang jemaah Ahmad Faizal Abdullah,43, berkata, sikap Ismail Sabri yang berjiwa rakyat sememangnya sudah sebati sejak sekian lama.
Katanya, pemimpin nombor satu negara itu juga sentiasa mesra dan melayan orang ramai dimana sahaja.
“Saya bangga kerana Ismail Sabri adalah pemimpin yang berasal daripada Parlimen Bera.
“Sikap seperti ini, yang berjiwa rakyat perlu dicontohi oleh pemimpin-pemimpin lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE