fbpx

Mayat dalam tandas hanya disedari selepas kereta api bergerak 900 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis percaya mangsa menaiki kereta api tersebut beberapa hari sebelum ia bertolak dari negeri Bihar. – Channels TV

NEW DELHI – Mayat seorang lelaki ditemui di dalam tandas sebuah kereta api di India yang dipercayai telah melakukan perjalanan sejauh 900 kilome­ter, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Polis percaya mangsa menaiki kereta api itu beberapa hari sebelum ia bertolak dari negeri Bihar dan meninggal dunia di dalam tandas selepas mengunci dirinya.

Beberapa pegawai memecah pintu tandas tersebut selepas sebilangan penumpang me­ngadu terhidu bau busuk dari dalam tandas itu.

Ketika itu, perkhidmatan kereta api Saharsa-Amritsar Jan Sewa Express tersebut te­lah pun melakukan perjalanan selama kira-kira 24 jam.

Siasatan bagi mengenal pasti identiti lelaki berkenaan menyebabkan perkhidmatan kereta api itu tertangguh selama lima jam sebelum ia kembali meneruskan perjalanan ke bandar Amritsar.

Mayat mangsa ditemui ketika tren tersebut berada di Shahjahanpur, negeri Uttar Pradesh.

Seorang pegawai polis tempatan, Ram Sahay berkata, setakat ini tiada maklumat diperoleh mengenai si mati.

“Dia berkemungkinan menaiki tren ketika ia berhenti di stesen dan mati bersendirian dua atau tiga hari sebelum mayatnya ditemui,” katanya.

Sementara itu, seorang doktor dari sebuah hospital berkata, lelaki tersebut mungkin tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.

Buat masa ini, polis sedang cuba mengenal pasti identiti lelaki berkenaan dan telah mengedarkan poster orang hilang di kawasan sekitar stesen kereta api Bihar. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI