fbpx

Kelantan mahu lakar kejutan ke atas Harimau Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL percaya barisan kejurulatihan Kelantan akan membuat kelainan dari sudut taktikal menjelang aksi menentang JDT di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

NAIB juara Liga Premier musim ini, Kelantan FC bersedia untuk terus melakar kejutan menjelang aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Keyakinan tersebut disuarakan oleh pertahanan Kelantan FC, Khairul Helmi Johari yang percaya barisan kejurulatihan sudah ada percaturan berbeza apabila bertemu skuad Harimau Selatan nanti.

Khairul yang mesra dengan gelaran Keon berkata, benteng pertahanan antara yang perlu diperkuatkan melihat kepada barisan hadapan anak-anak buah Hector Bidoglio yang cukup berkualiti.

“Kalau nak bandingkan dengan aksi menentang Sarawak United, sudah pasti pertemuan dengan JDT akan tampil berbeza dan jurulatih mungkin akan membuat kelainan dan perubahan dari sudut taktikal.

“Kita akan tengok video analisis dan teliti balik apa yang kita perlu buat terutamanya di benteng pertahanan apabila berdepan JDT sebab kita tahu kekuatan mereka.

“Jadi banyak yang perlu dilakukan dan insya-Allah kita akan lebih fokus untuk aksi itu nanti,” kata bekas kapten pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) berusia 34 tahun itu.

Sementara itu, penyerang The Red Warriors, Nurshamil Abdul Ghani harap dapat kekal cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan ketika membantu Kelantan menewaskan Sarawak di pusingan 16 terbaik.

“Buat masa ini saya sudah merujuk dengan doktor untuk teliti balik kecederaan saya ini dan saya harap tiada apa-apa yang teruk untuk saya terus ­beraksi nanti,” katanya.

Sebagai rekod, skuad Kelantan tidak pernah layak ke peringkat separuh akhir saingan Piala Malaysia sejak bergelar juara pada edisi 2013.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI