fbpx

Peng Soon-Yee See tinggalkan BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENG SOON-Yee See mengambil keputusan meninggalkan BAM selepas bergelut dengan prestasi kurang memberangsangkan pada Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan beregu campuran kebangsaan, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See akan meninggalkan badan induk sukan badminton negara itu pada penghujung bulan ini.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh menjelaskan, dua pemain itu membuat keputusan untuk ‘angkat kaki’ biarpun sudah dipujuk untuk terus kekal berada di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Sebagai rekod, ini adalah kali kedua Peng Soon meninggalkan BAM selepas dia membuat keputusan sama bersama bekas pasangannya, Goh Liu Ying pada 2018 untuk bergerak secara profesional.

“Sebenarnya, BAM ada berbincang dan berusaha memujuknya supaya kekal di sini, namun dia (Peng Soon) tetap dengan pendirian untuk keluar. Justeru, kami berterima kasih atas sumbangannya selama setahun di sini.

“Selain itu, Yee See juga buat keputusan sama untuk meninggalkan BAM penghujung bulan ini selepas mengambil masa beberapa hari. Kami juga sudah berusaha untuk memujuknya tetapi tidak berhasil,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara semalam.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky berkata, beregu yang berada di ranking ke-47 dunia itu kekal dengan pendirian tersebut selepas mengambil kira aksi kurang memberangsangkan pada kejohanan Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis sebelum ini.

Selain Peng Soon dan Yee See, seorang lagi pemain beregu campuran negara, Peck Yen Wei turut mengambil keputusan meninggalkan badan induk badminton negara itu selepas bergelut dengan masalah kecederaan pergelangan kaki kiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI