fbpx

[KEMASKINI] Nampak mulut Ashraf berbuih sebelum tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita dipercayai ibu mangsa (berbaju merah) tidak dapat menahan sebak selepas mengetahui anak bongsunya dikhuatiri lemas di Pantai Puteri, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dikhuatiri lemas di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini, hari ini.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tangga Batu tiba di lokasi kira-kira 3.50 petang tadi bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Difahamkan kanak-kanak tersebut dipanggil ‘Ashraf’ keluar bermain bersama tiga rakannya yang lain selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.

Menurut salah seorang rakan mangsa, dia dan kanak-kanak tersebut telah pergi ke pesisiran pantai berkenaan dan bermain di atas tembok batu di gigi air.

“Saya dah pesan dekat (Ashraf) jangan main jauh-jauh tetapi tiba-tiba terjun dari tembok dan saya nampak mulutnya berbuih-buih sebelum tenggelam.

“Saya panik dan terus menjerit meminta tolong,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sehingga pukul 4.40 petang tadi operasi mencari mangsa masih dijalankan.

Ibu mangsa yang merupakan ibu tunggal turut berada di lokasi.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI