fbpx

2 lagi ‘Iron Lady’ panjat bangunan dikesan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsi Joe joe menunjukkan Yana dan Intan juga memiliki kebolehan dan keberanian memanjat bangunan tinggi.

PETALING JAYA – Dua lagi wanita yang menjadikan pekerjaan membersihkan dan mencuci cermin bangunan sebagai kerjaya mereka telah mencuri tumpuan netizen yang rata-ratanya kagum dengan keberanian tersebut.

Perkongsian video di TikTok milik Joe joe, semalam telah tular di media sosial dan meraih sebanyak 2.2 juta tontonan dan 5,034 komen setakat hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online berkongsi kisah tular seorang wanita yang digelar ‘Iron Lady’ sedang berada di puncak Menara Berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ketika ditugaskan menukar lampu di puncak menara bangunan tersebut.

Menerusi video perkongsian di akaun TikTok @siva_wwc6, wanita berhijab yang lengkap memakai alat keselamatan itu dilihat langsung tidak gentar bekerja di bahagian paling tinggi mercu tanda Kuala Lumpur berketinggian 88 tingkat itu.

Sementara itu, salah seorang daripada dua wanita berkenaan ketika disoal Joe joe telah memperkenalkan diri sebagai Yana dan berasal dari Perlis.

“Tak apa hari hujan janji sama (ada) Intan. Nak turun laju tak boleh takkan nak tinggalkan dia orang.

“Janji tenang is cool. Hari ni aku ada dua bidadari yang tak bersayap ini Intan,” coret Joe joe.

Seperti biasa, kerjaya unik dan mencabar imi sudah tentu meraih keterujaan neziten yang tumpang ‘gayat’.

“Dia hayun macam duduk dekat buai je,” kata NescafeBeng.

“Buat mcm buai kat taman eh, aku dah berpeluh tangan ni,” ujar Khai pula.

Menjengah ke ruangan komen, ramai mengucapkan tahniah kepada kumpulan wanita digelar ‘Iron Lady’ oleh netizen kerana memilih kerjaya yang cukup mencabar tersebut

“Tahniah atas keberanian Yana dan Intan bkn semua orang boleh lakukan kerja ni,” puji Tokmat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI