fbpx

PRU15: 100 borang penamaan calon telah dibeli di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Sebanyak 100 borang penamaan calon telah dijual sehingga semalam oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok.

Menurut sumber, sebanyak 91 telah dijual kepada empat blok parti dominan yang bertanding di enam Parlimen di negeri ini, manakala baki dibeli oleh calon bebas.

“Kita menjangkakan sebanyak 50 lagi borang permohonan akan dijual pada hari ini sehingga tempoh pembelian ditutup pada pukul 10 malam.

“Sejak borang dijual 20 Oktober lalu, angka pembelian terus meningkat walaupun PRU15 di Melaka hanya menyaksikan pertandingan enam kerusi Parlimen,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Enam kerusi Parlimen di negeri ini adalah Jasin, Masjid Tanah, Hang Tuah Jaya, Kota Melaka, Tangga Batu dan Alor Gajah.

Setakat ini, lima kerusi Parlimen bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru daripada empat blok parti dominan iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI