fbpx

Buat hal lagi, Masya Masyitah pakai tudung ‘bertocang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASYA MASYITAH

PETALING JAYA – Tidak serik dikecam netizen gara-gara fesyen, penyanyi muda Masya Masyitah sekali lagi menuai kritikan hebat masyarakat apabila menggayakan imej tudung ‘bertocang’ menyerupai rambut.

Menerusi hantaran yang dimuat naik penyanyi 22 itu dalam Instagram, Masya telah berkongsi beberapa keping foto dirinya mengenakan tudung yang digayakan menyerupai rambut bertocang.

“Saya tidak menyesal dengan masa lalu saya. Saya hanya menyesal dengan masa yang telah saya sia-siakan dengan orang yang salah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Berdasarkan lokasi yang dikongsikan Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, difahamkan gambar tersebut dirakam ketika berada di Dubai.

Tindakan Masya berkongsi foto menggayakan tudung yang tidak sesuai dengan imej wanita Muslimah itu sekali gus telah mendapat kritikan netizen yang rata-rata menganggap perbuatannya itu salah dan haram di sisi agama Islam.

“Haram pakai hijab ala-ala rambut. Komen memuji semua dia balas. Komen menegur dia buat tak tahu sahaja. Semoga kita sama-sama istiqamah,” tegur seorang netizen.

“Semoga Allah SWT membuka pintu hati Masya untuk menutup aurat dengan sempurna. Amin,” komen seorang lagi pengikutnya.

“Tolonglah jangan dibuat main agama Islam. Nak pakai tudung, pakailah elok-elok. Leher itu aurat. Jadilah contoh yang baik,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Sebelum ini pelantun lagu Hapus itu beberapa kali berdepan teguran netizen apabila tampil berani menggayakan imej seksi yang dianggap keterlaluan, sekali gus bertentangan dengan penampilan selakunya wanita bertudung.

Pada Ogos lalu, Masya dihentam teruk apabila memakai baju tanpa lengan yang berlubang-lubang di bahagian dada, dipadankan dengan ‘inner’ berwarna putih sempena promosi single baharunya berjudul, Simpanan.

Selepas beberapa kali dikecam gara-gara pemakaian yang tidak sesuai dengan imej bertudung, penyanyi Masya Masyitah akhirnya bersuara dengan memberitahu apa yang berlaku berpunca daripada khilaf sendiri sebagai manusia yang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

“Sudah-sudahlah. Nama pun manusia, tak pernah lepas dari buat silap.

“Yang baik-baik semua dari Allah dan yang buruk dari saya. Terima kasih,” jawabnya sambil menyertakan emoji bentuk hati. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI