fbpx

PRU15: Ronald Kiandee ‘tersingkir’ di Beluran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Benedict Asmat

KOTA KINABALU – Teka-teki mengenai pengguguran nama Menteri Pertanian Industri dan Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai calon Parlimen Beluran terjawab apabila Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan Benedict Asmat sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menerusi kenyataan akhbar malam tadi.

Ia sekali gus mengesahkan Ronald Kiandee ‘tersingkir’ daripada menjadi calon di kawasan itu.

Kerusi berkenaan sebelum ini disandang oleh Ronald yang juga Naib Presiden Bersatu selepas memenanginya atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU14 lalu.

Bagaimanapun, Ronald bertindak keluar daripada BN untuk menyertai Bersatu selepas gabungan berkenaan hilang kuasa pada 2018.

Dalam pada itu, Bung Moktar dalam kenyataannya berkata, pemilihan Benedict selaku calon BN adalah pilihan tepat berikutan pengalamannya dalam pentadbiran awam.

Sementara itu, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah turut mengumumkan pertukaran calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Andy Muhammad Suryady Bandy yang dipilih menggantikan Aslin Fadli Samsul Alang yang sebelum ini diumumkan sebagai calon di kawasan berkenaan.

Terdahulu, GRS-BN pada pilihan raya kali ini meletakkan calon mereka di 13 kawasan manakala BN di 12 kawasan.

Selain Benedict dan Andy, calon-calon BN yang lain ialah Bung sendiri yang akan mempertahankan kerusi Kinabatangan, Datuk Yakub Khan (Sepanggar), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud), Datuk Mohamad Alamin (Kimanis), Datuk Ir Shahelmey Yahya (Putatan), Datuk Suhaimi Nasir (Libaran), Jamawi Jaafar (Tenom), Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan), Datuk Siti Aminah Aching (Beaufort) dan Datin Maizatul Akmam Alawi (Lahad Datu). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI