fbpx

PRU15: Shahidan, Ismail Muttalib jadi calon PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan dan Ismail.

MARANG – Dua pemimpin Barisan Nasional (BN) yang digugurkan sebagai calon iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Ismail Abd. Muttalib diumumkan akan mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Shahidan akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, manakala Ismail pula di Parlimen Maran.

Beliau mengumumkan demikian pada majlis pengisytiharan calon PN di Rusila di sini sebentar tadi.

Sebelum ini, Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan digugurkan BN di Parlimen Arau dan digantikan dengan Datuk Rozabil Abd. Rahman.

Ismail yang merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula digantikan dengan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI