PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) memuktamadkan calon bagi tujuh kawasan Parlimen yang belum diumumkan sebelum ini.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pengumuman calon baharu itu menjadikan jumlah kerusi yang akan ditandingi BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu sebanyak 178 kawasan Parlimen.
“Daripada tujuh kawasan ini, dua kawasan iaitu Tumpat dan Kuala Nerus, BN menampilkan dua calon secara ‘direct candidate’ (calon langsung) atas sifat keterbukaan dan perpaduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, BN yakin calon-calon yang dikemukakan dengan pelbagai latar belakang dan kelayakan mampu untuk menggalas amanah mewakili kepentingan rakyat apabila dipilih kelak. – KOSMO! ONLINE
Berikut merupakan senarai calon BN bagi tujuh kerusi Parlimen yang belum diumumkan sebelum ini:
P019 TUMPAT – Che Abdullah Mat Nawi
P035 KUALA NERUS – Mohd. Khairuddin Aman Razali
P095 TANJONG KARANG – Habibah Mohd. Mohd. Yusof
P.115 BATU – A. Kohilan Pilly A/L G. Appu
P.124 BANDAR TUN RAZAK – Chew Yin Keen
P.127 JEMPOL – Shamsulkahar Mohd. Deli
P.129 KUALA PILAH – Adnan Abu Hassan