fbpx

Cuaca buruk di 10 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 10 negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan bagi seluruh negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain itu, amaran ribut petir itu juga dikeluar di beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Amaran ribut petir dikeluarkan di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) manakala di Perak, di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Amaran sama turut dikeluarkan di Kelantan iaitu di Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh sementara di Terengganu hanya di Besut manakala Pahang hanya di Tanah Tinggi Cameron,” katanya.

Sementara itu katanya, amaran ribut petir juga di keluarkan bagi negeri Selangor, Sabah dan Sarawak.

“Di Selangor hujan lebat dijangka melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat manakala di Sabah cuaca sama diramal turut melibatkan Pedalaman dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Ranau).

“Cuaca buruk juga diramal melibatkan negeri Sarawak iaitu di Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI