fbpx

Atlet Wilayah Persekutuan raih insentif RM1.096 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSIDA menyampaikan hadiah kepada pasukan boling padang sempena Majlis Penyampaian Insentif Atlet & Jurulatih Wilayah Persekutuan 2022 di Perbadanan Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Atlet Wilayah Persekutuan meraih insentif bernilai RM1.096 juta selepas pencapaian cemerlang mereka pada temasya dan kejohanan sepanjang tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar berkata, ‘durian runtuh’ itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada atlet Wilayah Persekutuan.

Katanya, antara atlet yang menerima insentif berkenaan adalah peserta Sukan Komanwel ke-22 di Birmingham, Sukan Perpaduan Islam ke-5 di Konya, Sukan SEA ke-31 di Vietnam serta Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 MSN 2022.

Selain itu, atlet yang cemerlang pada Kejohanan Muay Thai IFMA 2022, Liga Sepak Takraw 2022, Kejohanan Bola Jaring B-19 2022 dan Netball Super League 2022 turut diraikan.

“Mengimbau kembali pencapaian atlet Wilayah Persekutuan sepanjang tahun ini, saya gembira apabila ramai daripada atlet WiPers berjaya mengharumkan nama Wilayah Persekutuan dan nama Malaysia di pelbagai kejohanan serta temasya tempatan dan antarabangsa.

“Majlis Penyampaian Insentif Atlet & Jurulatih Wilayah Persekutuan hari ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan.

“Atlet WiPers telah berkorban tanpa mengira sama ada masih berada di dalam program ­mahupun tidak,” kata Rosida pada ­Majlis Penyampaian Insentif Atlet & Jurulatih Wilayah Persekutuan 2022 di Putrajaya semalam.

Pada Sukma ke-20 yang berlangsung pada September lalu, kontinjen WiPers menduduki kedudukan tempat ketiga dengan memenangi 55 pingat emas, 68 perak dan 64 gangsa.

“Sebagai Ketua Kontinjen pada Sukma ke-20 ini, saya melihat sendiri usaha dan kesungguhan yang dipamerkan setiap seorang daripada atlet WiPers yang turut serta pada temasya ini, namun nasib tidak menyebelahi kita apabila tidak dapat mencapai sasaran untuk muncul juara.

“Saya yakin atlet WiPers akan bangkit dan berusaha berlipat kali ganda bagi sama-sama bangkit mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada Sukma akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI