fbpx

Influencer dikecam buat jenaka aksi rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar beberapa pempengaruh media sosial (influencer) yang membuat jenaka berhubung aksi menjadi mangsa rogol.

PETALING JAYA – Beberapa pempengaruh media sosial (influencer) membuat jenaka berhubung aksi menjadi mangsa rogol semasa sesi siaran langsung di TikTok mendapat kecaman daripada orang ramai.

Salah seorang daripada mereka dilihat melakonkan aksi seolah-olah diperkosa sambil diperhatikan oleh dua rakannya sebelum disambut dengan gelak ketawa sewaktu siaran ‘live’ tersebut berlangsung.

“Walaupun berjenaka ia seakan-akan memperlihatkan lelaki itu cuba dirogol, tetapi isu rogol tetap bukan sesuatu yang boleh dipermainkan apatah lagi sambil bergelak ketawa.

“Walhal, bukan tidak tahu ada berlaku kes liwat secara paksa dan ia kerap dilaporkan media (akhbar).

“Seorang (influencer) itu pengikutnya hampir sejuta orang, seorang lagi lebih 400,000 pengikut manakala seorang lagi hampir mencecah sejuta pengikut,” kata pengguna Twitter, @Jatikhwan.

“Selagi belum terkena batang hidung sendiri, selagi itu ‘galak’ memandang isu ini sebagai bahan jenaka. Mungkin, kesedaran hanya akan timbul ketika terpalit kejadian seumpama itu kepada diri sendiri atau orang yang kita sayang. Kifarah melanda, penyesalan tak sudah,” komen seorang lagi pengguna Twitter.

“Mengapa agaknya anda mencipta kandungan seumpama ini? Adakah anda tidak memahami makna rogol? Perkataan itu adalah sangat sensitif dan tidak wajar dijadikan bahan jenaka,” ujar seorang lagi pengguna.

Perkongsian itu dimuat naik seorang pengguna Twitter yang mempunyai pengaruh besar di media sosial tersebut dan setakat ini sudah meraih sebanyak 2,436 ulang ciap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI