fbpx

Gambar mobiliti PLA cetus kebimbangan di Laut China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENINGKATAN kekuatan tentera China di perairan tuntutan bertindih di Laut China Selatan didedahkan dalam gambar baharu. - Agensi

LONDON – Armada gempur  China yang merangkumi hangar pesawat tempur dan peluru berpandu telah didedahkan dalam gambar pemandangan dari udara  yang baharu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Imej membimbangkan tersebut dirakam oleh jurugambar agensi fotografi berita Getty, Ezra Acayan. Ia menunjukkan keupayaan mobiliti  Beijing di pangkalan-pangkalan yang dibina di Laut China Selatan.

Gambar-gambar itu dirakam di terumbung karang tuntutan bertindih yang dijadikan pulau buatan manusia oleh Beijing. 

Antara gambar tersebut termasuk imej memaparkan set bot laju Type 022 Hubei yang dilengkapi peluru berpandu dan pesawat amaran awal KJ-500.

Foto-foto tersebut menjadi bukti bahawa China sedang meluaskan angkatan bersenjatanya di perairan yang turut dituntut oleh negara-negara lain.

Menurut akhbar Telegraph pula, gambar-gambar itu memberikan butiran baharu kehadiran Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di Terumbu Mischief,  Terumbu Gaven, Terumbu Subi, Terumbu Fiery Cross, Terumbu Cuarteron dan Terumbu Hughes. Semua terumbu tersebut telah diduduki oleh China.

Terumbu-terumbu berkenaan turut dituntut oleh Brunei, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Taiwan. 

Greg Poling yang merupakan seorang  pengarah di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa memberitahu stesen Radio Free Asia bahawa PLA masih melakukan rondaan udara di pulau-pulau buatan tersebut. Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini mengisytiharkan bahawa beliau berharap China dapat menyaingi keupayaan tentera Barat sekurang-kurangnya menjelang tahun 2049. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI