fbpx

Pelajar bunuh guru kerana kecewa markah rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Miller (kiri) dan Goodale (kanan) didakwa membunuh guru mereka, Graber (gambar kecil) kerana kecewa mendapat markah rendah dalam subjek bahasa Sepanyol. – Facebook/Metro UK

FAIRFIELD, IOWA – Dua pelajar sekolah tinggi di negeri Iowa berdepan hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa membunuh seorang guru mata pelajaran bahasa Sepanyol selepas membelasah mangsa menggunakan kayu besbol akibat tidak berpuas hati menerima markah rendah, lapor akhbar Metro UK semalam.

Willard Miller dan Jeremy Goodale, kedua-dua mereka berusia 16 tahun, didakwa membunuh Nohema Graber dengan membelasahnya sehingga mati dan menyembunyikan mayat mangsa di sebuah kawasan padang di luar bandar Fairfield, awal November tahun lalu.

Berdasarkan siasatan, polis mendapati mangsa bertemu dengan Miller di Sekolah Tinggi Fairfield pada petang 2 November 2021 bagi berbincang mengenai markah rendah subjek bahasa Sepanyol yang diperoleh suspek.

“Markah rendah itu dipercayai menjadi motif kepada pembunuhan mangsa yang dikaitkan secara langsung dengan suspek,” kata pendakwa raya.

Mangsa selepas itu dilaporkan memandu ke sebuah taman berdekatan untuk bersiar-siar selepas waktu bekerja.  Beberapa saksi mendakwa mereka ada melihat van milik mangsa meninggalkan taman tersebut, namun ia dinaiki oleh dua remaja yang berada di tempat duduk pemandu dan penumpang.

Beberapa saksi lain turut mengesahkan kedua-dua suspek menghubungi mereka dan meminta untuk dijemput di sebuah bahagian terpencil di luar bandar tersebut. Van milik mangsa turut ditemui terbiar di hujung jalan yang sama.

Ketika disoal polis, Miller mengaku bahawa dia berasa kecewa dengan cara mangsa mengajar subjek tersebut. Dia turut mengaku berada di lokasi kejadian ketika mangsa dibunuh, namun tidak terlibat dalam pembunuhan itu.

Dia mendakwa Graber diculik sekumpulan remaja bertopeng yang turut memaksanya memindahkan mayat mangsa serta membuang kenderaan milik wanita berkenaan.

Bagaimanapun, selepas memeriksa telefon bimbit suspek, polis mendapati dia berkomunikasi dengan seorang individu lain menggunakan aplikasi SnapChat dengan berkata,  ingin membunuh mangsa sebelum menahan suspek kedua, Goodale.

Kedua-dua remaja tersebut akan dibicarakan sebagai orang dewasa di Iowa di mana mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI