fbpx

Lagi arapaima berjaya ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Aimran Syahmi raih keterujaan netizen

PETALING JAYA – Jika sebelum ini berlaku di Klang, dunia media sosial sekali lagi digemparkan dengan penangkapan ikan arapaima tetapi kali ini dipercayai di sebuah tasik di Puchong pula.

Beberapa visual perkongsian di Facebook Aimran Syahmi memaparkan dia sedang memeluk seekor ikan arapaima bersaiz lebih besar daripada saiz badannya sendiri.

Menerusi komen balas netizen, Aimran mendakwa masih ada ikan spesis sama tetapi dengan saiz yang lebih besar daripada yang ditangkapnya itu dalam tasik berkenaan.

“Ni yg saiz kecil bang, biasa jumpa lagi besar,” katanya.

Ternyata perkongsiannya itu menyebabkan ramai netizen teruja sehingga berjaya meraih sebanyak 5,800 perkongsian dan 1,200 komen.

“Mantap bang mohon pancing yang besar lagi. Suka tengok ikan ni terpengaruh tengok NetGeo Wild kecil-kecil dulu,” komen Mohamad Fazwan Nordin.

“Tolong bang sapu habis ikan ikan ni. Bimbang melekat habitat dia habis lcin ikan kita dia sapu,” pinta Imran Ismail pula.

Sebelum ini, Jabatan Perikanan Malaysia pernah meminta orang ramai supaya peka jika terjumpa atau tertangkap spesis ikan tersebut supaya tidak menyimpan atau dilepaskan ke perairan awam.

Ia disebabkan oleh sifat ikan tersebut yang dibimbangi boleh merosakkan ekosistem sungai jika dilepaskan ke dalam sungai.

Malah mereka diminta supaya melupuskannya kerana adalah salah membela ikan larangan di bawah Akta Perikanan 1985.

Jika sabit kesalahan mengikut Peraturan Perikanan (Pindaan 2011), perbuatan itu boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI