fbpx

EPL: Martinelli idam terus kekal di Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINELLI percaya kariernya mampu berkembang bersama Arsenal biarpun kelibatnya menjadi buruan banyak pasukan. – AFP

LONDON – Pemain sayap sensasi Arsenal, Gabriel Martinelli mendedahkan hasratnya untuk menyambung kontrak baharu bersama The Gunners meskipun khidmatnya mendapat perhatian beberapa kelab utama lain dan kini menunggu tawaran rasmi daripada pihak pengurusan.

Pemain antarabangsa Brazil itu mengakui perbincangan bersama pihak pengurusan sedang giat dilakukan bagi memastikan kontrak asal yang bakal ber­akhir pada 2024 dilanjutkan untuk jangka panjang

Martinelli yang baru berusia 21 tahun mengakui cukup gem­bira untuk kekal bersama Arsenal kerana selesa dan serasi dengan rakan-rakan sepasukan selain mudah bekerja di bawah bimbi­ngan Mikel Arteta.

“Saya sangat gembira untuk meneruskan karier bersama Arsenal dan perkara ini telah saya ulangi banyak kali sebelum ini. Arsenal adalah kelab utama saya dan saya cintakan segala yang ada di sini termasuk bandar raya London.

“Justeru, saya percaya pro­ses untuk melanjutkan kontrak cukup mudah untuk dilakukan dan apa yang mereka perlukan hanyalah sebatang pen buat saya,” kata Martinelli yang sudah menyarung jersi The Gunners sejak 2019.

Sementara itu, Martinelli turut mendedahkan impian untuk di­serapkan dalam skuad utama Brazil pada kempen Piala Dunia 2022 di Qatar yang akan membuka tirai rasmi pada 20 November ini.

“Sudah tentu hasrat utama saya selepas tampil konsisten bersama Arsenal musim ini adalah untuk diserapkan dalam skuad Brazil.

Beraksi di Piala Dunia menjadi impian semua pemain dan saya akan terus bekerja keras ke arah merealisasi impian tersebut,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI