fbpx

Nadal, Medvedev pulang awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL tumbang di tangan Paul pada pusingan kedua Paris Masters yang menjadi aksi pertamanya selepas berehat lebih dua bulan. – AFP

PARIS – Hajat Rafael Nadal untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi di Kejohanan Paris Masters tidak kesampaian apabila tumbang di tangan pemain Amerika Syarikat (AS) Tommy Paul awal pagi semalam.

Juara Grand Slam 22 kali tersebut yang membuat kemunculan pertamanya selepas tidak beraksi sejak di Terbuka AS dua bulan lalu, ditunjuk jalan keluar apabila tewas dengan keputusan 6-3, 6-7, 1-6 dalam tempoh dua jam 32 minit.

Kemenangan tersebut adalah rekod terbesar Paul selepas me­raih kemenangan ke atas pemain ranking No.2 dunia tersebut.

Sejak tewas kepada Frances Tiafoe di Terbuka AS dan Nadal memilih untuk berehat selepas mengalami kecederaan koyak pada otot perutnya.

Kekalahan Nadal sekali gus membuka ruang kepada pemain Sepanyol, Carlos Alcaraz untuk menamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia.

Alacaraz yang meraih gelaran Terbuka AS pada September lalu mengakui dia tidak tertekan memikirkan soal gelaran No.1.

“Saya cuba mencari tahap terbaik saya. Saya rasa saya bermain dengan sangat baik. Saya tidak fikir tentang tekanan untuk menjadi pemain nombor satu dunia.

“Sudah pasti adalah perkara menakjubkan apabila anda berada di ranking No. 1 dunia.

“Saya akan bermain lebih baik atau lebih agresif,” kata Alcaraz.
Alcaraz dihadiahkan trofi nombor satu dunia pada awal minggu ini, setelah menjadi pemain termuda mendahului ran­king ATP pada September lalu.

Sementara itu, juara Paris Masters 2020, Daniil Medvedev turut tumbang selepas tewas di tangan pemain Australia, Alex de Minaur 4-6, 6-2, 5-7. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI