fbpx

Korban ribut di Filipina cecah 150, lebih banyak hujan diramal berlaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA penyelamat menggunakan galah ketika melakukan usaha pencarian mangsa Ribut Tropika Nalgae di Datu Odin Sinsuat, wilayah Maguindanao pada 31 Oktober lalu. - AFP

MANILA – Angka korban akibat ribut kuat yang mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di serata Filipina kini mencecah 150 orang, kata beberapa pegawai bencana hari ini, manakala lebih banyak hujan diramal melanda  beberapa kawasan paling teruk terjejas.

Lebih 355,400 orang meninggalkan kediaman masing-masing semasa Ribut Tropikal Teruk Nalgae menghentam kawasan luas di negara kepulauan itu lewat minggu lalu dan sepanjang hujung minggu.

Daripada 150 kematian yang direkodkan oleh agensi bencana negara, 63 berlaku di rantau Bangsamoro, Pulau Mindanao di mana banjir kilat dan tanah runtuh memusnahkan beberapa buah kampung.

“Sekurang-kurangnya 128 orang cedera dan 36 yang lain masih hilang di seluruh negara ini,” kata agensi berkenaan

Pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa tiada harapan untuk menemui mangsa terselamat lain.

Pulau Mindanao jarang dibadai oleh sekitar 20 taufan yang menghentam Filipina pada setiap tahun, namun, ribut yang melanda cenderung lebih membawa maut berbanding ribut di Luzon dan bahagian tengah negara itu.

Ketika lebih banyak hujan diramal turun hari ini, agensi-agensi bencana di Bangsamoro melakukan persiapan untuk berdepan risiko kemusnahan seterusnya di kawasan penduduk miskin dan pergunungan.

“Tanah di kawasan di mana banjir kilat dan tanah runtuh berlaku masih basah jadi, hakisan seterusnya boleh berlaku,” kata ketua pertahanan awam serantau, Naguib Sinarimbo.

Sementara itu, Presiden Ferdinand Marcos menyalahkan penebangan hutan dan perubahan iklim sebagai punca bencana tanah runtuh dahsyat di Bangsamoro. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI