fbpx

UMNO tak ‘bunuh’ KJ di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menyampaikan watikah kepada Datuk Seri Jalaluddin Alias, calon BN di Parlimen Jelebu pada Majlis Penyerahan Watikah Kepada Calon-Calon Parlimen BN PRU15 Negeri Sembilan di Wisma UMNO, Seremban hari ini. - Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – UMNO menangkis tuduhan bahawa tindakan meletakkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini bertujuan mematikan karier politik Menteri Kesihatan itu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penilaian dibuat oleh parti mendapati kerusi Parlimen itu dikategorikan sebagai selamat walaupun sudah tiga penggal ia dikuasai parti pembangkang sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, peluang BN untuk menang adalah cerah berdasarkan kepada komposisi hampir 70 peratus daripada kira-kira 150,000 pengundi kawasan Parlimen berkenaan adalah orang Melayu.

“Tidak betul (tuduhan bahawa tujuan meletakkan Khairy di situ bertujuan mematikan karier politik beliau). Ia adalah kerusi yang selamat.

“Orang di sana juga mahu calon daripada UMNO dan Khairy dialu-alukan oleh kepimpinan bahagian UMNO yang diketuai oleh Datuk Megat Firdouz Megat Junid serta jentera pilihan raya BN di situ.

“Saya yakin Khairy akan cemerlang di (Parlimen) Sungai Buloh,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Kepada Calon-Calon Parlimen BN PRU15 Negeri Sembilan di Wisma UMNO di sini hari ini.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Rembau bersetuju memberi laluan kepada Mohamad untuk bertanding di Rembau dalam PRU kali ini.

BN kemudian memutuskan Khairy Jamaluddin bertanding di Parlimen Sungai Buloh.

Mohamad dalam pada itu menyifatkan, tindakan menghantar Khairy Jamaluddin itu bertanding di Sungai Buloh adalah baik untuk karier politiknya.

“Beliau mempunyai karier politik yang lebih jauh dalam UMNO. Parti boleh meletakkan beliau di tempat lain (yang lebih berisiko), tetapi mengapa mesti hendak buat begitu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI