fbpx

Hanya ‘sign’ akujanji setia pada BN dan tidak lompat parti – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat aku janji calon BN palsu yang ditularkan di media sosial sejak semalam.

SUNGAI BULOH – Calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan dia tidak pernah menandatangani sebarang surat aku janji dengan kepala surat UMNO seperti yang tular baru-baru ini.

Sebaliknya beliau berkata, beliau ada menandatangani surat dengan kepala surat BN selaku calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang ada menyentuh mengenai kesetiaan kepada BN dan tidak akan bertindak lompat parti.

“Kita sign (tanda tangan) aku janji yang ada kaitan dengan logo empat parti (di bawah BN) dan kesetiaan kepada parti atas letterhead BN, itu yang saya tandatangan.

“Tak ada saya tandatangan surat dengan letterhead UMNO yang menyatakan aku janji seperti yang ditularkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan peringkat HSB di Sungai Buloh hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas maklumat yang tular di media sosial mengenai sekeping surat dengan kepala surat UMNO yang memaparkan tandatangan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid serta Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Surat berkenaan mengandungi ikrar calon UMNO dan BN yang memenangi pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Kosmo! Online semalam melaporkan Ahmad telah menafikan tentang kewujudan surat tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI