fbpx

Sri Pahang akur tewas dengan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Sri Pahang terpaksa akur tersingkir awal pada kempen Piala Malaysia selepas tewas 3-9 secara agregat kepada Terengganu FC (TFC) kelmarin. - Foto ihsan Sri Pahang

KUALA TERENGGANU – JUARA edisi 2013 dan 2014, Sri Pahang FC terpaksa akur cabaran dalam saingan Piala Malaysia tahun ini berakhir setelah ditunjukkan jalan keluar pada peringkat pusingan awal.

Ketua jurulatihnya, Datuk Dollah Salleh, berkata, Sri Pahang tumpas kepada pasukan lebih baik iaitu Terengganu FC (TFC) yang mendominasi dua pertemuan timbal balik dengan agregat 9-3.

Beliau menyifatkan kekalahan itu berpunca daripada kelekaan mudah yang diulangi jentera tengah dan pertahanan sehingga membenarkan TFC mudah mengusai permainan.

“Selepas tewas 1-5 di Kuantan, Sri Pahang datang ke tempat lawan untuk beri yang terbaik namun kami membuat kesilapan selain permainan yang kucar-kacir pada babak pertama.

“Barisan pertahanan begitu longgar dan nampak kelemahan ketara dengan mudah penyerang lawan melepasi kawalan pemain saya terutama dalam situasi satu lawan satu,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Dollah berkata, corak permainan TFC bagaikan langsung tidak terkesan dengan keadaan padang yang digenangi air sebaliknya anak buahnya pula terkial-kial mencari rentak terbaik.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu  gembira anak-anak buahna tidak berputus asa mencari gol cuma mereka harus terima hakikat permainan TFC lebih tersusun.

Beliau turut mengakui, kecederaan dialami tonggak, Nor Azam Azih yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-26 menjadi titik tolak Sri Pahang kehilangan cengkaman di bahagian tengah.

“Kebangkitan yang cuba direncana melalui jaringan Lee Tuck dan Steven Rodriguez nyata sudah terlewat meskipun skuad Tok Gajah berkelebihan seorang pemain.

“Hanya selepas rehat kami dapat menyesuaikan diri dan beberapa aspek perlawanan berjaya ditingkatkan sehingga Sri Pahang memasuki kawasan berbahaya TFC,” katanya.

Dollah berkata, malangnya kelebihan jaringan dimiliki pasukan lawan terlalu selesa dan mereka terpaksa akur dengan kekalahan secara agregat 3-9. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI