fbpx

PRU15: BN Johor yakin menang 16 kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASNI MOHAMMAD mengadakan sidang akhbar pada majlis Memperkenalkan Calon Parlimen BN Johor di Pejabat Perhubungan Umno Johor, Johor Bahru di sini hari ini. - foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor yakin tidak menghadapi masalah untuk memenangi 16 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, parti komponen seperti MCA perlu memainkan peranan menyumbang empat kerusi sekali gus mencapai sasaran 20 kerusi yang ditetapkan.

Beliau sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Johor berkata, parti sudah merangka strategi dan pendekatan khusus dalam usaha dalam usaha mencapai sasaran diletakkan parti.

“Bukan mustahil untuk mencapai sasaran yang diletakkan pucuk pimpinan parti bagi memenangi 20 kerusi, oleh itu kita perlu bekerja keras dan tak menganggap ia sebagai perkara remeh.

“Ini kerana ada kawasan di mana calon kita berdepan calon heavyweight yang bertanding di Johor, namun berbekalkan semangat kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, saya dapat lihat memiliki semangat tinggi dan sama-sama berkempen pada PRU15 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pengenalan Calon BN pada PRU15 di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini hari ini.

Malam semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan memberi sasaran buat BN Johor memenangi sekurang-kurangnya 20 kerusi daripada keseluruhan 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

“Saya mahu BN Johor beri tidak kurang daripada 20 kerusi untuk bantu kita menubuhkan kerajaan di Putrajaya, saya yakin dengan kemampuan jentera Johor yang sebelum ini mencatat rekod cemerlang dalam PRN Johor, Mac lalu,” katanya.

Hasni yang juga calon di Parlimen Simpang Renggam berkata, kempen yang berkesan akan memastikan usaha parti mendapat kepercayaan pengundi mampu dicapai.

Katanya, kekuatan BN adalah melalu kempen secara bersemuka kerana parti memiliki jentera dan jumlah petugas yang besar membantu calon BN berkempen ditambah jentera PRN Johor yang lalu.

“Selain itu, kita juga akan memperkasakan kempen di media sosial untuk memberi impak secara meluas.

“Ini adalah keadeh kempen paling berkesan untuk menjawab isu berbangkit baik di peringkat tempatan, negeri dan nasional,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI