fbpx

Mahkamah: “Saya optimis dengan sebarang keputusan representasi ” – Yasin Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yasin diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

PETALING JAYA – “Saya sangat optimis (yakin) sebab representasi saya itu panjang sedikit dan dekat situ ada dokumen kesihatan saya,”.

Itu kata penyanyi dan komposer, Yasin terhadap sebarang keputusan representasi yang akan ditentukan kelak bagi tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.

Menurut Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, ketika ditemui selepas sebutan semula kesnya, dia juga yakin dengan kebijaksanaan dan belas kasihan pihak pendakwaan dalam meneliti representasi yang dikemukakan.

Terdahulu dalam prosiding hari ini, Mahkamah Sesyen menangguhkan keputusan representasi bagi tiga pertuduhan dadah yang dihadapi Yasin ke 15 Disember ini.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Mohd . Asnawi Abu Hanipah, berkata ia berikutan pihaknya masih mempertimbangkan representasi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan Muhammad Yasin.

“Sebutan kes hari ini ditetapkan bagi keputusan representasi. Saya ingin maklumkan representasi diterima dan sedang dalam pertimbangan.

“Kami belum ada jawapan dan meminta tarikh sebutan berhubung keputusan representasi berkenaan. Pihak-pihak bersetuju tarikh sebutan akan datang pada 15 Disember,” katanya.

Dalam pada itu, peguam bela Ariff Azami Hussein, pula berkata pihaknya sedia maklum representasi yang dikemukakan perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan.

“Namun, kami harap keputusan itu dapat diputuskan pada tarikh akan datang dan cadangkan tempoh sebulan dari sekarang,” katanya.

Selepas mendengar permohonan dan maklum balas kedua-dua belah pihak, Hakim Jamaludin Mat membenarkan prosiding ditangguhkan dan menetapkan 15 Disember ini bagi tarikh dan keputusan representasi itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI