fbpx

Lesti, Rizky jatuh muflis? Berhentikan semua pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LESTI KEJORA dan Rizky Billar.

JAKARTA – Selepas selesai isu rumah tangga, pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar kembali menuai perhatian apabila didakwa mengalami masalah kewangan gara-gara menolak semua tawaran persembahan.

Pasangan itu juga dimaklumkan sudah menutup syarikat milik bersama iaitu Leslar Entertainment dan memberhentikan semua pekerjanya.

Malah, mereka juga sudah berpindah ke rumah yang lebih kecil selepas kembali hidup sebumbung.

Pengurusnya, Ariel Lobster mengesahkan penutupan operasi syarikat namun menafikan pasangan itu jatuh muflis seperti dakwaan segelintir netizen.

“Sekarang syarikat itu sudah tidak aktif dan semua pekerja diberhentikan.

“Syarikat itu dibekukan buat masa ini bukan sebab muflis tetapi mereka mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga,” ujarnya seperti dipetik Liputan6.

Ariel yang turut ditamatkan perkhidmatan itu menghormati keputusan majikannya dan berharap situasi tersebut hanya sementara.

“Saya tetap sokong keputusan mereka. Apa lagi sebabnya mahu fokus kepada keluarga. Kami pekerja tiada kuasa untuk halang keputusan itu. Apa yang penting kami masih menjaga silaturrahim walaupun tidak rapat seperti dahulu.

“Saya harap ini hanya sekejap. Seperti ditangguhkan untuk berehat,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas hubungan pasangan berkenaan, Ariel mengakui kedua-dua selebriti itu semakin mesra dan berharap semuanya pulih seperti sediakala.

“Saya lihat mereka sudah baik dan baru semalam kami main bola sama-sama. Harapnya selepas ini terus berbaik, lebih-lebih lagi mereka sudah ada anak,” ujarnya.

Sebelum ini, Lesti membuat laporan polis dan mendakwa dipukul suaminya pada 28 September 2022, sekitar pukul 2.00 pagi di kediaman mereka, di Cilandak, Jakarta Selatan.

Penyanyi lagu Sekali Seumur Hidup itu mendakwa suaminya berlaku curang sehingga berlaku pergaduhan antara mereka.

Rizky didakwa bertindak agresif dengan memukul dan mencekik isterinya sehingga terjatuh ke lantai.

Bagaimanapun, penyanyi itu mengejutkan ramai pihak apabila menarik balik laporan polis yang dibuat dan memaafkan suaminya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI