SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) Selangor menggugurkan sebahagian besar penyandang kerusi Parlimen negeri itu untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
Hanya lima penyandang kerusi Parlimen dikekalkan dengan 17 lagi muka baharu dan antara nama-nama digugurkan termasuk Mohamed Hanipa Maidin (Sepang) serta Hasanuddin Mohd. Yunus (Hulu Langat).
Turut tidak dicalonkan Tony Pua ( Damansara), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), R. Sivarasa (Sungai Buloh), Charles Santiago (Klang), June Leow ( Hulu Selangor) dan Dr. Ong Kian Ming (Bangi).
Lima penyandang dikekalkan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bagi Parlimen Kuala Selangor, William Leong Jee Keen (Selayang), Wong Chen (Subang), Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (Kapar) dan Mohamad Sabu (Kota Raja).
Sementara nama-nama calon baharu seperti Saipolyazan Mat Yusop (Sungai Besar); Dr. Sathia Prakash Nadarajan (Hulu Selangor) ; Siti Rahayu Baharin (Tanjong Karang); Azli Yusof (Shah Alam) dan Shamsul Maarif Ismail (Sabak Bernam) serta Datuk R. Ramanan (Sungai Buloh).
Majlis pengenalan calon PH Selangor disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Pengerusi PH Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini malam ini. -KOSMO! ONLINE