fbpx

Putus cinta, gadis maut terjun tingkat 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang gadis berusia 17 tahun maut selepas bertindak terjun daripada tingkat lima kerana putus cinta dalam kejadian di Flat Blok F, Taman Pulau Utama, Iskandar Puteri, Johor

ISKANDAR PUTERI – Akibat tidak tertanggung sakitnya putus cinta, seorang gadis maut selepas terjun daripada tingkat lima dalam kejadian di Flat Blok F, Taman Pulai Utama, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Assisten Komisoner Rahmat Ariffin berkata, kejadian pada pukul 5.45 petang itu melibatkan mangsa seorang gadis berusia 17 tahun.

“Gadis berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat bawah blok perumahan tersebut, manakala seorang saksi memberitahu dia melihat gadis berkenaan `bermain’ telefon di tingkat lima.

“Tidak lama kemudian, saksi terdengar bunyi sesuatu terjatuh sebelum mendapati gadis berkenaan sudah terbaring di atas lantai, saksi kemudiannya memanggil polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Rahmat, siasatan lanjut mendapati punca remaja itu terjun bangunan kerana bergaduh dengan teman lelakinya yang mahu memutuskan hubungan cinta mereka.

“Difahamkan, sebelum kejadian tersebut, gadis itu cuba menghubungi bekas teman lelakinya namun tidak dijawab.

“Pemerhatian awal terhadap tubuh mangsa mendapati terdapat kecederaan parah di bahagian kepala akibat terhentak ke lantai simen daripada ketinggian,” ujarnya.

Tambah beliau, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI